Saturday 16 May 2015

SALMAN KHAN DIHUKUM PENJARA 5 TAHUN!

Aktor Bollywood terkenal, Salman Khan akhirnya terpaksa meringkuk di dalam penjara selama lima tahun atas kesalahannya dalam kes langgar lari membabitkan gelandangan di Mumbai, lapor AFP.
Salah seorang daripada gelandangan itu mati dan empat daripadanya mengalami kecederaan. Kejadian itu terjadi pada tahun 2002. Salman dituduh memandu kenderaan Toyota Land Cruiser dalam keadaan mabuk.
Keputusan mahkamah dibacakan hari ini dan selepas diteliti aktor itu perlu akur dengan keputusan yang sudah diputuskan.
“Kamu memandu kereta dan di bawah pengaruh alkohol,” kata Hakim DW Deshpande kepadanya.
Saluran televisyen di India melaporkan aktor itu menitiskan air mata selepas keputusan mahkamah dibacakan. Beberapa rakan seninya turut meluahkan rasa sedih, selain memberikan sokongan dan menunjukkan rasa simpati terhadap beliau.
Salman Khan antara aktor kedua Bollywood yang dipenjarakan dalam tempoh dua tahun lepas selepas SanjayDutt, bintang filem gangster yang dipenjarakan kerana memiliki senjata yang dikaitkan dengan beberapapengeboman di Mumbai pada tahun 1993.
salman khan dipenjara



No comments:

Post a Comment