Saturday 16 May 2015

4 CARA MUDAH BOLEH ANDA CUBA UNTUK MASALAH KUKU CAGU


Kuku cagu sangat menyakitkan kerana ia akan membengkak, berdarah dan yang paling mengerika menyebabkan bernanah dan berlaku jangkitan bakteria. Ini cara mudah yang boleh anda guna untuk merawat kuku cagu.
1. Merendam kaki - Anda dinasihatkan untuk merendam dahulu kaki selama 20 minit di dalam air garam untuk melembutkan bahagian kuku yang bermasalah. Kuku yang lembut akan memudahkan anda untuk membuang serta mengurangkan jangkitan dan kesakitan.
2. Cuka epal - Beberapa titik cuka epal dimasukkan ke dalam air rendaman kaki boleh mengurangkan jangkitan pada kuku yang terkena cagu. Ia boleh membunuh kuman dan bakteria yang ada di bahagian tersebut.
3. Sabun antibakteria - Masukkan sabun antibakteria ke dalam air rendaman agar dapat mematikan bakteria yang boleh menyebabkan nanah di bahagian tersebut. Setelah ia kering, sapukan dengan ubat anti bakteria.
4. Lemon - Lemon juga sebenarnya mampu mengubati kuku yang terkena cagu. Caranya ialah dengan mengikat hirisan nipis lemon pada bahagian kuku yang terkena cagu. Biarkan ia semalaman dan ia boleh mnghindari jangkitan yang boleh menyebabkan kesakitan.
Legs in SPA


No comments:

Post a Comment