Pernahkah anda makan donut aiskrim? Cara mahu buatnya cukup mudah dan dia punya rasa pun memanglah sangat sedap.
Ini resipi yang kami terfikir bila terpandang donut kosong yang anda biasa tengok dijual di gerai-gerai makcik pada waktu pagi dan juga petang.
Okay, mari kami kongsikan antara bahan-bahan yang anda perlukan:-
- Donut Kosong / Donut Yang Anda Beli di mana-mana outlet donut pun boleh
- Aiskrim – boleh gunakan perisa apa yang anda suka
- 6 keping Oreo (atau lebih)
- Scoop Aiskrim (mahu guna sudu pun boleh)
Langkah pertama untuk memudahkan anda menyediakan resipi ini ialah kisar dahulu Oreo sehingga hancur. Mahu patah-patahkan saja pun boleh.
|
Resepi Donut Aiskrim Oreo Ini Boleh Buat Anda Menangis…
|
|
Masukkan biskut oreo ke dalam blender dan kisar |
|
Kemudian potong donut anda sehingga menjadi dua bahagian |
|
Hati-hati potong ya, risau pisau tajam sangat |
|
Rasa dulu aiskrim kalau sudah tidak tahan sangat
|
|
Letak aiskrim sebanyak dua scoop (atau lebih) atas donut yang sudah dipotong tadi
|
|
Tambah selagi boleh
|
|
Taburkan Oreo yang sudah dihancurkan tadi di atas aiskrim sebanyak mana yang anda suka |
|
Tutup donut tadi dengan satu bahagian lagi dan tekan sehingga penyek
|
|
Lagi penyek, lagi sedap
|
Angkat donut aiskrim anda dan layan! Mahu tengok meleleh macam mana aiskrim donut ini, cuba lah buat! hehe ...
Jujurnya kami tidak galakkan sangat anda makan donut aiskrim ini terlalu kerap nanti takut jadi terlebih comel dan manis sehingga boleh potong kaki. Sesuai untuk dibuat bersama anak-anak, rakan-rakan mahu pun bersama yang tersayang. Memang resepi ini simple sahaja, tapi memori daripada perkara yang simple itu adalah sesuatu yang lebih bermakna.
|
|
No comments:
Post a Comment