Tuesday, 26 May 2015

Pelakon Raja Farah Bercerai Talak Satu

Raja Farah ditemui pemberita selepas selesai prosiding penceraiannya di di mahkamah rendah syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin

KUALA LUMPUR :Pelakon Raja Farah Raja Aziz, 27,  bercerai talak satu dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu bercerai dalam prosiding tertutup di mahkamah rendah syariah Wilayah Persekutuan di sini pada pagi Isnin.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.


Saat bahagia Raja Farah dan Megat Bashirun
Raja Farah yang ditemui selepas prosiding berkata, dia dan Megat bercerai secara baik tetapi dengan bersyarat yang enggan didedahkan.

"
Kami sudah tidak sefahaman. Kes kami akan dibicarakan esok. Sudah lama saya boleh katakan kami tidak dapat hidup bersama. Akhirnya, perpisahan ini yang akan menjadi jalan terbaik. Ikutkan hati memang tak mahu ia berakhir begini.
" katanya.

Pada prosiding itu, Raja Farah ditemani bapa, Raja Aziz Raja Ngah dan peguamnya Muhammad Nur Hafiz Roslan manakala Megat hadir bersama ayahnya, Datuk Zakaria Brahim.

Megat berkata, dia redha dengan penceraian itu dan bergarap agar kedua-dua mereka dapat menjeruskan kehidupan seperti biasa.
Kami sudah hidup bersama cuma belum ada rezeki menimang anak. Susah senang kami lalui selama ini. Tapi ini suratan yang harus saya terima. Kekuatan mahu atau tidak perlu datang dalam diri. Saya banyak dekatkan diri berdoa semoga dipermudahkan segala-galanya, keluarga juga tak putus memberi sokongan dan Saya terima akan ketentuan ini. Di harap kami dapat meneruskan  kehidupan dengan hal masing-masing," ujarnya.
Terdahulu Raja Farah telah memfailkan permohonan cerai pada 5 Mei lalu.
Raja Farah dan Megat telah bernikah pada 12 November  2010 di Bukit Jelutong. Bagaimanapun, hasil perkahwinan itu, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Tiada siapa yang mahu menghadapi proses perceraian dan kembali untuk hidup bersendirian, tetapi jika sudah tiada cara lain untuk mengekalkan rumah tangga mungkin ini adalah yang terbaik. Kepada Raja Farah, kami yakin setiap yang berlaku ada sebab yang tertentu. Semoga anda tabah dan segalanya dipermudahkan pada masa hadapan.







No comments:

Post a Comment