Kaherah : Segelintir penduduk Mesir yang menjadikan mengemis sebagai profesion dilapor memiliki wang yang banyak di dalam bank dan hartanah di lokasi utama.
Seorang daripada mereka, Kamel 70, mengakui mempunyai jutaan paun Mesir dalam simpanannya dan turut memiliki dua hartanah. Semuanya diperoleh daripada hasil mengemis di wilayah Bani Suef.
Wajah Kamel yang sentiasa berpakaian cumpang-camping tidak asing lagi terutama kepada pemilik kedai dan penduduk di bandar itu.
Kisah kehidupan Kamel terbongkar apabila seorang penduduk yang mengenalinya dan melihatnya di dalam bank.
Kakitangan bank itu memberitahu penduduk berkenaan, Kamel pelanggan penting mereka. Pekerja bank berkenaan berkata pengemis itu mendepositkan hasil wang yang dikumpulnya setiap hari sehingga simpanannya menjangkau 3.4 juta paun Mesir (RM1.6 juta) dan berjaya memiliki dua bangunan di Faisal Avenue, kawasan utama di wilayah Giza.
No comments:
Post a Comment