Thursday, 14 May 2015

Gadis Maut Ketika Berselfie diatas Bumbung Kereta Api


Bucharest : Seorang gadis belasan tahun mati melecur selepas tersentuh kabel elektrik berkuasa tinggi ketika cuba merakam selfie di atas bumbung kereta api.

Anna Ursu, 18, dan rakannya pergi ke sebuah stesen kereta api di bandar Iasi di timur laut Romania untuk merakam selfie untuk dimuatnaik ke Facebook. 

Tetapi, ketika baring diatas bumbung sebuah gerabak kereta api, sebelah kakinya yang diangkat ke udara tersangkut pada kabel elektrik 27,000 voltan, menyebabkan dia terbakar serta merta.

Kedua-dua gadis itu dibawa ke hospital dengan helikopter, tetapi Anna meninggal dunia sebaik tiba dengan 50% tubuhnya melecur teruk. Rakannya yang beransur pulih memberitahu penyiasat, mereka mahu merakam selfie di tempat yang dianggap pelik tanpa memikirkan mengenai bahaya yang bakal dihadapi. 

Seorang lelaki yang menyaksikan kejadian itu dan antara orang pertama berusaha menyelematkan kedua-dua mangsa berkata, dia melihat mereka bermain di atas kereta api itu. Menyedari bahaya kabel elektrik berkenaan, dia menjerit menggesa kedua-dua gadis itu tunduk dan berhenti menjulurkan kaki mereka ke atas.

Anna Ursu












No comments:

Post a Comment