Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kedua akan bermula esok melibatkan 4.65 juta penerima, kata Kementerian Kewangan hari ini.
Pembayaran peringkat kedua itu turut melibatkan tuntutan rayuan yang diluluskan kepada 141,670 penerima, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan.
Melalui pengumuman Bajet 2015, kerajaan memutuskan supaya pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat.
Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 15 Januari 2015.
Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.
Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, CIMB dan Public Bank yang berhampiran.
No comments:
Post a Comment