Wednesday, 27 May 2015

Intan Ladyana Doakan Kamal Adli Dan Emma Maembong Bahagia

Meskipun mengakui selesa bersama dan sekadar teman rapat, hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong sudah cukup hangat diperkatakan. Ada yang beranggapan mereka tampak secocok bersama dan mungkin ada jodoh diantara mereka selepas masing-masing mempunyai kisah duka dalam percintaan.


Bekas kekasih kepada Kamal iaitu Intan Ladyana juga turut merasa gembira dengan berita mengenai hubungan intim Kamal bersama Emma kini. Intan mendoakan agar pasangan tersebut bahagia dan akan menyokong segala rancangan mereka pada masa hadapan.
Bagus untuk dia (Kamal Adli) dan Emma, saya tumpang gembira akan hal ini. Kalau mereka bahagia saya pun bahagia jugalah. Saya akan sokong apa sahaja yang mereka rancang.

 
Berbicara tentang status Intan sekarang, beliau tidak menafikan sedang mengenali hati bud seseorang yang bukan bergelar artis. Walaubagaimanapun buat masa ini, Intan masih belum bersedia untuk memperkenalkan jejaka tersebut kepada umum.


No comments:

Post a Comment