Friday 10 July 2015

Rihanna Daripada Berhijab Ke Separuh Bogel

rihanna daripada berhijab ke separuh bogel

RIO DE JENEIRO : Setelah tampil berhijab dengan lokasi fotografi di dalam masjid di Dubai beberapa bulan lalu, Rihanna seakan beralih 360 darjah daripada berhijab kepada separuh bogel.
Perkara ini baru sahaja berlaku baru-baru ini dimana penyanyi Umbrella itu dilihat tidak berbaju disebuah pesisiran pantai.
Dikelilingi krew serta set yang menjalankan penggambaran, difahamkan Rihanna beraksi untuk memenuhi permintaan majalah fesyen Vogue edisi Brazil.
Sebanyak lima gaya yang pastinya terdedah dan seksi telah dipotretkan di lokasi terkenal negara itu iaitu Angra dos Reis.
Penampilannya yang hanya menutupi puting menggunakan pita selofan rona kulit itu tidak menjadi masalah buat Ri-Ri dan dia tidak pun menutup dan merasakan kejanggalan itu.
Beberapa lagi aksi yang memperlihatkan aset di dadanya itu tidak ditutup sama sekali. Yang jelas kelihatan di muka Rihanna adalah aksi serta memek mukanya yang dilihat seperti lari daripada konsep sebenar Vogue.
Ramai yang berpendapat bahawa Rihanna yang berasal dari Barbados itu sudah biasa dengan pemandangan yang sedemikian di negaranya.





No comments:

Post a Comment