Monday 11 May 2015

IBU BAWA ANAK 17 TAHUN DAN 2 TAHUN MENAGIH DADAH ??


Semalam adalah hari ibu banyak pengorbanan seorang ibu pada anak-anak dan suami, namun ini ada sedikit berita yang kurang baik yang admin nak kongsi dan dimana kasih sayang seorang ibu sanggup membawa anaknya melepas gian untuk menagih dadah.

Di Machang, Kelantan, seramai 57 penagih dadah termasuk seorang ibu dan anak perempuannya berusia 17 tahun dalam Ops Lejang Khas di Kampung Raja, di sini semalam.

Selain ank perempuan berusia 17 tahun itu, ibu terbabit turut membawa seorang lagi anak perempuannya berusia 2 tahun untuk melepaskan gian di tempat tersebut. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superitenden Loo Lian Lay berkata, keluarga tersebut ditahan di port tersebut pada serbuan bermula jam 12.45 tengah hari hingga jam 1.30 petang bersama seorang wanita dan tujuh lelaki lain.






Manakala, katanya, 47 yang lain ditahan ketika cuba memasuki kawasan tersebut bagi mendapatkan bekalan dadah antara jam 1.30 petang hingga 5.50 petang.

"Ujian saringan awal mendapati 56 yang ditahan termasuk empat wanita didapati positif dadah jenis opiat manakala seorang lelaki disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

"Ibu dan anak perempuannya ditangkap ketika pasukan polis membuat serbuan di kawasan port tersebut.

"Pada mulanya mereka melarikan diri, namun berjaya ditangkap selepas kejar mengerjar berlaku. Kesemua penagih dadah itu tersenarai sebagai orang yang dikehendaki polis atau pelbagai kesalahan jenayah di dalam dan luar daerah," katanya kepada pemberita, hari ini.

Lian Lay berkata, semua tangkapan, pihaknya turut menemui beberapa senjata tajam pada dua lelaki selain 20 daripada penagih itu gagal mengemukakan pengenalan diri.

"Polis turut merampas 46 buah motosikal pelbagai jenis dan kenderaan lain yang digunakan penagih tersebut untuk diperiksa. 10 biji pil kemerahan disyaki dadah turut dirampas. 

"Kesemua suspek akan ditahan reman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan dan pendakwaan. Mereka akan didakwa dibawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983; seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952; Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952; Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan senjata berbahaya 1958 (ABKLSB) dan seksyen 279 kanun keseksaan," katanya.

Diharap ini akan jadi pengajaran kepada semua orang ramai terutama ibu bapa dalam kehidupan seharian jika boleh hindarilah daripada perkara yang tidak elok didedahkan kepada anak anda.







No comments:

Post a Comment