Monday 11 May 2015

Foto CUTE Bakal Isteri SAM dan Keluarganya ??


Ramai yang sudah tahu Shaheizy Sam sedang mengenal hati budi seseorang.

Malah dia juga mengaku bahawa jodohnya sudah dekat tetapi enggan lagi mendedahkan siapa nakal isterinya itu.

Kalau diikutkan, hanya seorang wanita sahaja yang hangat dikaitkan bersama pelakon kacak ini. Siapa lagi kalau bukan model dan pelakon Syatilla Melvin.

Menurut Sam, mereka lebih selesa berkawan dahulu dan menyifatkan Syatilla seorang wanita yang tak banyak kerenah dan sempoi.

Sam juga mengaku tidak pernah berniat untuk merahsiakan hubungan cinta mereka. Tetapi betul atau tidak bersama Syatilla itu, hanya akan diumumkan kelak.

Tetapi bagi Syatilla sendiri, apabila disoal mengenai hubungan cinta bersama Sam, sebagai perempuan, dia hanya menyerahkan semuanya kepada pihak lelaki.

Peminat semua mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua dan kalau jodoh mereka berdua, apa salahnya. Shaheizy Sam pun dah layak untuk berumah tangga.

Syatilla pun khabarnya memang sudah baik dengan keluarga Sam.














No comments:

Post a Comment