Thursday 28 May 2015

Helikopter Terhempas Di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu

heliko

Seorang juruterbang pelatih wanita berdepan detik cemas apabila helikopter yang dikendalikannya terbalik dan terbakar di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini sebentar tadi.

Kejadian kira-kira pukul 11.55 pagi itu berlaku ketika juruterbang berusia 21 tahun itu cuba membuat pendaratan kecemasan di kawasan tersebut.
Mangsa dipercayai mengalami kecederaan di bahagian kaki, namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, helikopter milik Syarikat Layang-Layang Aerospace itu dipercayai mengalami kebakaran di bahagian enjin sebelum membuat pendaratan kecemasan.


No comments:

Post a Comment