Thursday, 3 September 2015

Status Perkahwinan Dr Hatta : SAH Gugur Talak Tiga - Mahkamah Syariah

                         

KOTA BHARU : Perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga selepas melanggar baiah yang dilafazkan sebelum ini, kata Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad.

Daud berkata, perkahwinan itu tidak boleh dirujuk semula melainkan isteri kepada Dr Hatta itu berkahwin dengan individu lain dan kemudian bercerai.

"Perkara itu berlaku berdasarkan kandungan baiah (yang dilafazkan). Memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri, mereka tidak boleh lagi tinggal bersama," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Daud meminta pasangan terbabit hadir ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan status mereka.

"Sehingga kini, Dr Hatta dan pasangannya belum mendaftar mengenai status perkahwinan mereka di Mahkamah Syariah," katanya.





Sumber : PILIHANPANAS




No comments:

Post a Comment