Tuesday, 1 September 2015

(10 Gambar) Warnakan Rambut Satu Tindakan Spontan - Aisyah Aziz


Imej terbaru Aisyah Aziz dengan warna rambut gabungan ungu dan kelabu telah menimbulkan reaksi berbeza daripada peminatnya. Ada yang menyukai dan melahirkan rasa ke’unik’an pada imej baru Aisyah, namun rata-rata mengkritik dan tidak menggemari penampilan terbaru penyanyi ini. Secara jujur, Abang Nara tengok pun pelik semacam. Tapi biasalah budak-budak muda tengah mencari identiti sendiri. Banyaklah benda baru yang mahu dicuba. Orang keliling kata apa pun memang tak peduli ketika melalui zaman ini.


Menariknya, ibu kepada Aisyah sendiri tidak menyukai imej terbaru anaknya itu. Namun yang pasti, tindakan mewarnakan rambut ini adalah satu aksi spontan. Kata Aisyah:-



Sebenarnya saya tidak merancang mewarnakan rambut kerana tujuan asal saya ke salun adalah untuk memotong dan membuat rawatan rambut. Secara spontan saya membuat keputusan menggabungkan dua warna kegemaran iaitu ungu dan kelabu. Saya enggan ambil pusing kata-kata orang kerana berpendapat setiap individu mempunyai pandangan tersendiri.
Menarik juga membaca komen-komen yang ditinggalkan di akaun Instagram milik saya kerana tidak sangka orang memberi perhatian kepada perlakuan dan imej saya. “Biarlah jika ada pihak kata saya meniru imej Kylie Jenner atau saya nampak tua dengan warna rambut ini, saya terima saja.
Jujur saya katakan, ummi saya juga tidak menyukai imej baru saya ini namun dia menegur secara baik.

Kemungkinan besar dengan imej baru ini, kelibat bekas pelajar Akademi Fantasia ini akan lebih dikenali dan dicam oleh peminatnya. Dari jauh dah boleh nampak dah. Tak adalah tertanya-tanya mana satu Aisyah Aziz. Hehehe. Tak gitu? Lagi beberapa gambar Aisyah Aziz dengan imej terbaru ini dengan membaca artikel sepenuhnya. 



Sumber : BERITAHARIAN




No comments:

Post a Comment