TERITIP yang berada di serpihan sayap dijangka melekat enam bulan hingga setahun lalu. FOTO Reuters |
TERITIP yang berada di serpihan sayap dijangka melekat enam bulan hingga setahun lalu. FOTO ReutersKuala Lumpur: Teritip pada serpihan sayap dua meter yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi dianggarkan melekat dalam tempoh enam bulan hingga setahun lalu mengukuhkan lagi dakwaan ia adalah pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.
Pakar biologi marin di Sekolah Tentera Laut Brest di Perancis, Joseph Poulin berkata, spesis teritip dikenali sebagai ‘Lepas Anatifera’ hidup di dasar laut dengan suhu antara 18 hingga 20 darjah Celsius.
“Saiz dan tumbesaran spesis kerang itu tumbuh satu atau dua sentimeter sebulan bersesuaian dengan tempoh masa tragedi pesawat MH370 yang hilang sejak setahun yang lalu.
“Dengan penemuan teritip ini berkemungkinan mengukuhkan lagi dakwaan serpihan itu adalah milik MH370,” katanya kepada portal Express.co.uk
Poulin berkata, ‘Lepas Anatifera’ adalah teritip pelagik yang melekat pada pelbagai objek terapung termasuk kayu hanyut, botol, bot, pelampung, rakit dan penyu.
“Spesis ini adalah yang paling banyak di perairan tropika dan subtropika seperti di Lautan Hindi di mana penerbangan MH370 dipercayai sudah berakhir.
“Kawasan ini diketahui adalah tempat berkembangnya teritip iaitu bersesuaian dengan kawasan pencarian 60,000 kilometer persegi di luar pantai barat laut Australia,” katanya.
Sementara itu, satu botol minuman dipercayai dari China dan produk pembersihan dari Indonesia ditemui terdampar di Pulau Reunion di lokasi penemuan serpihan flaperon disyaki milik MH370.
Produk berkenaan ditemui beberapa jam selepas serpihan sepanjang dua meter itu dijumpai di lokasi kejadian.
No comments:
Post a Comment