Friday 14 August 2015

Kemaluan Melecur Semasa Proses Buang Bulu

Ganbar Hiasan

Seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan teruk selepas kemaluannya melecur selepas menjalani proses pembuangan bulu kekal di sebuah pusat kecantikan.

Lebih malang, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 39, terpaksa menghabiskan kira-kira RM35,000 hingga RM55,000 untuk mengubati kecederaan melecur di bahagian alat sulitnya itu.


Bukan itu sahaja, dia juga mungkin berhadapan dengan risiko mengalami parut kekal walaupun telah menjalani rawatan tersebut.

Mengimbau kembali kejadian tersebut, Lee berkata, dia telah menjalani proses pembuangan bulu kemaluan yang dikenali sebagai Nano Light sejak enam bulan lalu dengan bayaran perkhidmatan sebanyak RM3,500.

"Dalam tempoh enam bulan, tiada sebarang masalah yang berlaku dan segalanya berjalan lancar.

"Kejadian ini hanya berlaku selepas ahli terapi yang selama ini menjalani proses pembuangan bulu untuk saya diganti dengan orang lain," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA.




Sumber : KOSMO




No comments:

Post a Comment