Saturday, 4 July 2015

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN WANITA INI TENTANG HARGA MAKANAN DI UK & MALAYSIA BUAT KAMI SPEECHLESS!

Zaman sekarang ini kalau pergi pasaraya dengan hanya berbekalkan RM100, agak-agak korang apa je yang dapat beli? Jangankan nak penuhkan troli, bakul kecil pun belum tentu penuh.
 
Pendedahan Mengejutkan Wanita Ini TentangHarga Makanan Di UK & Malaysia Buat Kami Speechless!
Makin hari kos sara hidup makin tinggi tapi gaji masih di takuk lama. Mungkin atas faktor itulah, wanita ini berkongsi pengalamannya dan membuat perbandingan bagi menunjukkan betapa ekonomi hari ini cukup membebankan kita!
RM27 di UK dapat pisang sesikat, sekotak anggur, 10 biji epal, sebiji ice lettuce & 5 paket Kinder Bueno.
Sehingga semalam, perkongsian wanita ini telah mendapat lebih 20 ribu ‘share’ oleh pengguna laman Facebook yang rata-rata tidak berpuas hati dengan kos sara hidup di Malaysia.
Berikut perkongsian wanita ini merujuk gambar di atas.
Ini gambar tahun lepas. Dengan 5pound (lebih kurang RM27), saya boleh dapat pisang sesikat, sekotak anggur hitam tanpa biji, 10 biji epal, sebiji ice lettuce dan 5 paket coklat Kinder Bueno kegemaran saya. Lima pound adalah bayaran satu jam bekerja part time.
Di Malaysia, satu paket Kinder Bueno tu dah RM4. 4×5 dah RM20. Anggur RM10, pisang RM5, epal RM5, lettuce RM4. Total RM44 lebih kurang. Dan bayaran bekerja part time : satu jam = RM4 sahaja.
Bagaimanalah untuk saya tidak membenci negara saya sendiri. Tolonglah beritahu kepada saya bagaimana????
Speechless!
Dekat Malaysia kerja part time sejam belum boleh beli susu sekotak pun
Mungkin dek terlalu kecewa, wanita ini turut berkongsi beberapa perkiraan bagi menunjukkan perbandingan nilai wang dan harga makanan di Malaysia dan UK.
Kami pun speechless! Sedih mengenangkan nasib huhu.
Rakyat kita sengsara, kita je yang buta!
Jadi apa pandangan korang? Jom lah kita ramai-ramai pakat pergi tinggal di UK!




No comments:

Post a Comment