GUANGZHOU : Seorang wanita warga Guandong mendedikasikan hidupnya dengan menternak 100,000 ekor lipas dan menganggap serangga itu anaknya. Pembiakan lipas itu bertujuan perubatan dan kosmetik adalah antara industri yang berkembag pesat di China ketika ini. Tapi, tiada siapa yang begitu tekun seperti Yuan Meixia, 37, yang menjadi terkenal di Guandong kerana memiliki lebih daripada 100,000 ekor lipas.
Dia memelihara lipas itu di sebuah rumah lama berhampiran hutan di kampungnya. "Lipas yang sering anda lihat ialah Blattella Germanica, tetapi baka yang sangat biak ialah Periplaneta Americana. "Ia gemar makanan kanji dan manisan," katanya. LIPAS yang diternak hanya memakan manisan dan makanan berkanji.
Bahagian siling dan dinding rumah itu ditutupi dengan konkrit. Ketika cuaca panas terik, Yuan menyejukkan suhu dengan menyiram air pada dinding rumah berkenaan. Apabila keadaan terlalu sejuk, dia memanaskan bilik itu menggunakan api dapur. "Lipas paling aktif pada waktu malam. Ia akan mencari makanan dan pasangannya.
Yuan menyediakan makanan untuk serangga itu dan mengasingkan anak dengan lipas dewasa, kemudian meletakkan mereka ke dalam kotak serta papan kayu pada jam 6 petang setiap hari. Menurut Yuan, lipas akan mula mengawan selepas makan dan lipas jantan akan mati sejurus mengawan. Selain membiak lipas, Yuan mempunyai kerja tetap sebagai kerani farmasi.
"Tahun lalu saya menonton program mengenai seorang wanita di wilayah Anhui yang membiak lipas untuk tujuan perubatan. "Saya menghabiskan ribuan yuen selama seminggu disana untuk belajar memberi lipas maka. Saya juga menghabiskan 10,000 yuen (RM5,200) untuk membeli telurnya. Sekarang saya memiliki 100,000 ekor lipas dan menternaknya adalah tugas kedua saya," katanya.
Yuan berkata, setelah lipas dewasa, ia akan melemaskan di dalam air, mengering dan membungkusnya ke dalam plastik sebelum menjualnya di kilang farmasi di Anhui.
No comments:
Post a Comment