Tuesday, 7 July 2015

Pakej 'RANJANG' Bulan Ramadhan

Gambar Hiasan

KLANG : Sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Klang di sini, dikesan menawarkan pakej dua dalam satu iaitu khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang menari di pentas serta penyanyi wanita tempatan berpakaian seksi.

Persembahan ‘panas’ itu digunakan pemilik premis yang cuba menarik pelanggan lelaki datang berhibur selain mendapatkan khidmat seks.

Malah, difahamkan premis yang sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu itu akan mengarahkan GRO menari bersama pelanggan sebelum dibawa ke ranjang dengan caj bayaran tertentu.

Bagaimanapun, kaedah pemasaran mereka ini dibongkar polis hasil operasi Ops Noda dilakukan kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.





No comments:

Post a Comment