Wednesday, 29 July 2015

KHASIAT DAN KEBAIKAN MINYAK JOJOBA UNTUK KECANTIKAN


Tahukah anda minyak jojobo merupakan minyak yang diambil daripada biji jojoba. Terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan pengambilan minyak jojoba untuk kecantikan para wanita.


Ia banyak digunakan untuk kecantikan kulit, kuku dan juga rambut.
MENCATIKKAN KUKU
Ia dapat memberikan kecerahan pada kuku yang kusam dan mencantikkan kuku yang rosak dan kering. Minyak jojoba mengandungi minyak essential semulajadi dan mempunyai pelbagai nutrisi seperti vitamin E yang baik untuk kuku.
MENCANTIKKAN RAMBUT
Minyak jojoba dapat menyihatkan kulit kepala. Jika kulit kepala terasa kering, minyak jojoba dapat bertindak sebagai penganti sebum,melembabkan folikel rambut dan mencegah rambut menjadi kusut serta kasar.
Bagi rambut kering dan kasar pula, anda hanya menambahkan beberapa titis minyak jojoba ke perapi rambut. Gunakan seperti conditioner atau perapi biasa, kemudian bilas sehingga bersih. Rambut anda akan nampak lebih sihat dan bersinar.
PEMBERSIH MAKEUP
Minyak jojoba juga boleh digunakan untuk membersihkan sisa-sisa mekap pada wajah seperti bedak, lisptik, maskara dan pemerah pipi.
MELEMBABKAN BIBIR
Bagi anda yang mempunyai masalah bibir kering, cuba sapukan minyak jojoba ke bibir secara kerap. Ini kerana minyak jojoba pada bibir akan membantu melembabkan serta melembutkan kulit bibir. Minyak jojoba juga boleh digunakan sebagai pengganti lip balm.

No comments:

Post a Comment