Sunday, 28 June 2015

TIADA SIJIL SPM - EMMA MAEMBONG TIDAK PERNAH MINTA WANG ORANG LAIN


Jika sebelum ini Emma Maembong dihentam netizen kerana aurat, terkini dia dikatakan pernah dihina kerana tidak mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) oleh salah seorang individu di laman sosial. 


Emma bagaimanapun tidak cepat melatah dengan kontroversi tesebut dan sudah memaafkan mereka yang membencinya itu. 

"Orang boleh bercakap tentang apa sahaja tetapi hakikatnya cuma saya dan keluarga yang tahu. Saya bekerja siang malam, tidak cukup tidur dan sakit pening saya. Apa yang mereka tahu dan lihat, saya pakai barang mahal dan bercuti ke luar negara. 



Tambah Emma, walaupun dia tidak mempunyai kelulusan SPM namun dia tidak pernah meminta wang dari keluarganya malah dia bekerja keras untuk menyara diri dan juga keluarga. 


"Sejujurnya, saya bangga untuk memberitahu, memang saya tidak mempunyai kelulusan SPM. Tanpa SPM, saya tidak pernah meminta wang daripada orang lain. Saya boleh sara keluarga, itu sudah memadai," ujar Emma dipetik sebagi berkata. 

Dalam pada itu Emma berkata, dia mahu kejayaan yang dikecapi kini menjadi satu contoh dan motivasi kepada anak-anak muda yang kurang berjaya dalam pelajaran. Baginya hidup tidak semestinya akan berakhir tanpa segulung sijil akademik. 











No comments:

Post a Comment