Perkahwinan sememangnya perkara terindah dalam hidup di dunia kerana di situlah ikatan yang menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Perkahwinan juga akan menguji kesabaran dan kesetiaan pasangan. Adakah cinta yang dilafazkan hanyalah permainan lidah semata-mata atau benar-benar lahir dari hati yang ikhlas. Antara ujian yang sering membelenggu pasangan di alam perkahwinan ialah hadirnya orang ketiga, terlerainya lakonan pasangan yang indah, dan sebagainya. Kekuatan batin juga merupakan ujian dalam alam perkahwinan. Kepada para isteri, pernahkah anda terfikir sekiranya lelaki mengatakan tidak kepada seks? Mesti ada antara kaum isteri yang menjangkakan bahawa suaminya sudah ada wanita lain ataupun sudah x berselera dengan dirinya. Walaubagaimanapun, terdapat juga sebab lain yang buat si suami sebegitu rupa. Mungkin ini disebabkan kesihatan seksualnya tidak stabil dan corak pemakanannya yang sangat mempengaruhi hal ini. Cuba anda periksa senarai di bawah ini, adakah suami anda mengambilnya?
1. BUAH - BUAHAN DAN SAYURAN
Menurut Pengarah Pemakanan Sukan di University Pittsburgh Medical Center, Leslie Bonci, buah-buahan dan sayuran mempunyai nutrien yang menjaga arteri daripada tersumbat sekali gus membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan mati pucuk.
2. TOMATO
Seorang saintis pemakanan, Lieberman Shari, menyatakan bahawa tomato yang kaya dengan Vitamin A membantu mengekalkan kesihatan prostat sekali gus memelihara kesihatan seksual seseorang lelaki.
3. KACANG
Asid amino arginina yang tinggi di dalam kacang penting untuk sintesis oksida nitrik yang terlibat dalam menjana ereksi.

4. LABU DAN KUACI
Kedua-dua ini bagus untuk meningkatkan tahap zink yang merupakan mineral penting untuk meningkatkan kuantiti sperma dan tahap testosteron.
5. TIRAM
Makanan laut ini sudah dipercayai sejak turun-temurun sebagai ‘makanan anak jantan’. Tiram yang kaya dengan zink bagus diamalkan untuk memelihara kesihatan seksual lelaki.
6. PISANG
7. TONGKAT ALI

Pisang yang kaya dengan Vitamin B bukan sahaja dapat menambahkan tenaga lelaki malahan mampu menambahkan hormon seks lelaki kerana ia juga kaya dengan kalium. Bukan itu sahaja, pisang dipercayai mampu menaikkan nafsu lelaki kerana enzim bromelain yang terdapat di dalamnya.
7. TONGKAT ALI
Menurut penyelidikan oleh FRIM, terbukti tongkat ali mampu meningkatkan keinginan seks dan menambah tenaga kelakian kerana peningkatan hormon testosteron kepada lelaki yang mengambilnya.
Jadi, kepada para suami dan juga isteri perlulah tahu akan perkara-perkara ini agar bahtera yang dibina tidak mudah pecah bila dilambung ombak dan supaya hubungan intim antara suami isteri menjadikan hari-hari yang dilalui nampak ceria dan indah belaka. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment