Salam Ramadan. Macam mana dengan puasa? Insya Allah, harap semua baik-baik sahaja. Maaf, topik hari ini kasar sedikit namun ammboi pasti ia ilmu berguna untuk kita semua.
Hukum bersetubuh pada siang hari dan waktu malam bulan Ramadan – Sebagaimana yang kita maklum, kita dilarang bersetubuh di siang hari dalam bulan Ramadan.
Berdasarkan dari video penjelasan Ustaz Azhar Idrus (UAI) dibawah ia adalah haram dan berdosa besar. Kalau berlaku juga, maka puasa akan terbatal. Bukan itu sahaja, yang melakukannya akan kena KIFARAH PUASA.
Apa itu KIFARAH PUASA?
Kifarah puasa ialah denda yang hanya dikenakan kepada lelaki atau suami kerana merosakkan puasanya (batal puasa) dengan melakukan persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadan.
Di samping itu pasangan tersebut atau suami isteri yang berjimak pada siang hari dalam bulan Ramadan, masing-masing wajib mengqadakan puasa sebanyak hari yang terbatal.
Kifarah puasa terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
- Memerdekakan seorang hamba, atau jika tidak hamba;
- Berpuasa selama dua bulan berturut-turut, atau jika tidak berdaya;
- Memberikan makanan asasi seorang secupak kepada 60 orang fakir miskin.
Kifarah berbeza dengan fidyah di mana seorang fakir miskin tidak boleh menerima lebih daripada secupak makanan yang dibayar kerana kifarah.
Antara permasalahan berkaitan KIFARAH PUASA dengan bersetubuh di bulan Ramadan adalah;
- Jika berlaku jimak itu dua hari atau lebih pada Ramadhan, ulama sepakat bahawa kifarah juga ialah dua kali kifarah atau lebih.
- Bagi yang melakukan jimak beberapa kali dalam satu hari atau pada hari yang sama, dia hanya dikenakan satu kifarah.
- Jika berlaku jimak dalam keadaan musafir yang diharuskan, puasa terbatal dan tidak wajib kaffarah dengan jimak itu.
- Begitu juga, jika dia menyangka matahari sudah terbenam lalu melakukan jimak sedangkan hari masih siang (belum masuk matahari), hukumnya tiada kifarah kerana dia tidak bermaksud untuk melakukan yang dilarang.
- Jika dia syak pada siang hari, sama ada sudah berniat puasa pada malam hari atau sebaliknya, kemudian berlaku jimak dalam keadaan syak itu, lalu dia teringat bahawa dia sudah berniat, maka batal puasanya tetapi tidak wajib kifarah.
- Tidak wajib kifarah jika jimak itu berlaku selepas terbatal puasa oleh perkara lain seperti makan, minum dan sebagainya.
- Kifarah tidak dikenakan kepada lelaki yang berjimak di waktu siang, sekiranya dia membatalkan puasanya terlebih dahulu.
- Membatalkan puasa dengan jimak atau persetubuhan yang berlaku pada siang hari Ramadhan adalah haram. Tetapi tidak wajib kifarah jika berlaku jimak pada bulan lain selain Ramadhan seperti ketika melakukan puasa sunat, nazar, qada atau puasa kifarah.
Mengenai turunnya ayat ini terdapat beberapa peristiwa sebagai berikut:
Dari Abu Hurairah r.a, bahawa seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan berkata:“Celakalah saya wahai Rasulullah”Rasulullah bertanya: “Apa yang mencelakakan kamu?”Dia menjawab: “Saya telah melakukan hubungan seks dengan isteri saya pada (siang hari) bulan Ramadhan.”Lalu Rasulullah bertanya: “Bolehkah kamu mencari seorang hamba untuk dibebaskan?” “Tidak!”“Bolehkah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut?” “Tidak!”“Bolehkah kamu memberi makan kepada enam puluh orang miskin?” “Tidak!”Kemudian dia duduk. Tatkala itu dibawakan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sebakul kurma.Rasulullah berkata kepadanya: “Sedekahkanlah (kurma) ini”.Dia menjawab: “Adakah yang lebih miskin dari kami?Tidak ada yang lebih miskin di antara dua lembah Madinah ini melainkan keluarga saya.”Mendengar yang sedemikian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ketawa sehingga nampak gigi baginda.Lalu baginda bersabda:“Pergilah dan berilah makan keluarga kamu (dengan kurma ini).” ([Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1111-1 (Kitab al-Siyam, Bab larangan keras melakukan hubungan seks…)].
Jika begitu bagaimana hendak melakukan hubungan seks di bulan Ramadan?
Kepada isteri-isteri di siang hari pada bulan puasa hendaklah menolak ajakan suami untuk melakukan hubungan seks jika tak sanggup kena kifarat. Bukan mudah dan terdaya hendak berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Untuk itu boleh melakukan pada waktu malam aktiviti seks anda.
Seks Bukan Beban:
Memang, kadang-kadang hubungan intim selama bulan puasa jadi beban bagi pasangan. Memang meletihkan kerana pada waktu siang, si isteri kena menyediakan hidangan dan juadah untuk berbuka puasa dan sahur. Tetapi melakukan hubungan seks pada waktu malam adalah ibadah juga. Sebab, kita boleh membezakan yang mana wajib dan mana yang Sunnah.
Surah Al-Baqarah ayat 187, menyatakan dihalalkan kepada kamu pada malam Ramadan bersetubuh dengan isteri-isteri kamu. Ayat ini membolehkan hubungan seks di malam hari. Ini bererti hanya di siang hari Ramadan, hubungan seks tidak dibenarkan. Kerana itu, jangan jadikan ia beban. Bukankah hukum agama membolehkan? Jadi nikmati saja hubungan seks itu. Anda tidak perlu merasa bersalah. Justeru itu dapat pahala pula. Bagi isteri, itu sama saja dengan ibadah. Anda pasti tahu, melayani suami termasuk ibadah. Jika dilakukan dengan senang hati, dengan ikhlas bukan paksaan.
Sebagaimana Firman Allah Ta’ala:
“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakan puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukum-Nya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa.” –(Surah al-Baqarah, ayat 187).
Oleh yang demikian, anda boleh menikmatinya dan ia merupakan kewajiban bagi seorang isteri. Jadi sepanjang permintaan suami masih wajar, lakukan saja. Mengapa tidak mahu merasakan kenikmatan hubungan seks itu. Jangan sampai ada perasaan ingin merasa menang dan memaksa. Misalnya, suami yang menginginkan hubungan seks memaksa kehendaknya pada isteri yang sebenarnya yang tidak mahu.
Pada waktu malam memang masa terlalu terhad untuk melakukan hubungan seks. Selepas habis waktu berbuka sudah mula untuk solat maghrib dan kemudian ke masjid untuk solat Isyak dan Tarawih. Masa yang sesuai adalah selepas balik dari masjid jam 10.00 malam sehingga 11.00. Bagi pasangan yang tiada anak boleh melakukan kerana tiada gangguan.
Bagi yang ada anak-anak memanglah tidak sesuai. Anak-anak pada masa itu masih belum tidur lagi. Yang ada anak-anak, masa yang sesuai jam 1.00 pagi sehingga 2.00 pagi. Jika boleh si isteri boleh tidur dahulu jam 10.00 malam atau selepas melakukan seks yang singkat sebelum bangun jam 3.30 pagi untuk menyediakan sahur dan mandi wajib.
Mandi Junub:
Salah satu sebab yang membuat anda malas bersetubuh pada malam bulan Ramadan adalah kewajiban menyucikan diri (janabah) selepas aktiviti seks. Anda mungkin berfikir harus mandi wajib sebelum waktu Imsak tiba.
Ia mungkin membuat anda berfikir tujuh kali untuk bersetubuh. Padahal, pendapat kebanyakan ulama menyatakan, bagi yang melakukan berhubungan seks di malam hari, tidak harus mandi sebelum terbitnya fajar.
Anda hanya berkewajiban mandi sebelum terbitnya matahari, paling tidak dalam batas waktu yang memungkinkan anda solat Subuh dalam keadaan suci.
Ok, setakat itu sahaja perkongsian dari ammboi untuk bab ini. Info-info diatas dipetik daripada beberapa sumber sepertiKongsiOn9 dan DetikBuletin. Kalau ada mana-mana yang salah silap tu harap beri teguran untuk ammboi perbetulkan. Wasallam.
No comments:
Post a Comment