Wednesday, 27 May 2015

RAMAS BUAH DADA ATAS MOTOR


KUALA TERENGGANU : Gelaran lelaki miang sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang pemuda yang bertindak memegang dada seorang gadis yang sedang menunggang motosikal dalam kejadian di Jalan Kamaruddin, di sini, 20 Mei lalu.

Bagaimanapun, suspek berusia 20-an yang menyangka terselamat daripada perbuatan tidak bermoral itu dicekup polis, kelmarin, dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku pada jam 9.30 pagi apabila mangsa berusia 20-an yang menunggang motosikal bersendirian dihampiri suspek yang turut menunggang motosikal.

“Suspek dipercayai mengekori mangsa dalam keadaan perlahan sebelum menghampiri motosikal mangsa dan terus memegang dada gadis terbabit.

“Walaupun terkejut dengan tindakan suspek, mangsa nekad mengejar suspek yang segera melarikan diri selepas melakukan perbuatan keji itu.

“Walaupun gagal menangkap suspek, tindakan berani mangsa membuahkan hasil apabila mencatat nombor pendaftaran motosikal suspek,” katanya.

Sumber berkata, mangsa membuat laporan polis dan susulan itu, suspek ditahan semalam (kelmarin),” katanya.

Sementara itu, Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membenarkan suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan penahanan suspek.







No comments:

Post a Comment