Mengapa ini terjadi? Apakah punca ikut-ikutan budaya barat atau kerana tiada didikan disiplin, kesopanan, agama dan budaya oleh keluarga?? Siapa perlu dipersalahkan? Apakah wajar kita salahkan kepimpinan kita kerana membenarkan budaya barat bermaharaja lela di tv, mediamasa dan internet? Semua ini kita tidak boleh elakkan jika kita mahu pembangunan. Perubahan era globalisasi, dunia IT sebenarnya untuk kemudahan kita dalam mempercepatkan segala proses kemajuan. Dunia tanpa sepadan tidak bermakna budaya melayu islma turut dilupakan dan tidak langsung dijadikan landasan kehidupan. Apabila budaya seks bebas sosial yang keterlaluan menjadi asas kehidupan harian setiap manusia, bermakna kemunduran akan terjadi. Perubahan kehidupan hari ini perlu dipilih di mana sempadannya, tak bermakna kita melanggar perundangan hidup dan perundangan anutan. Sekalipun agama lain kita anggap kafir, dan islam agama yang sebenarnya, kita pasti setiap penganut agama ada mempunyai asas kebaikan, memperbetulkan setiap perjalanan manusia ke arah kesempurnaan akhlak. Kita lihat setiap photo yang saya upload ini, adakah ia menonjolkan budaya melayu dan islam? Berkucupan sesama jenis dengan memakai tudung kononnya menutup aurat?? Tetapi , sebalinya melakukan perkara terkutuk. Sewajarnya kita malu dengan sikap mempergunakan imej islam tetapi melakukan perkara yang memalukan seperti ini ...
bertudung ini bukanlah disalah gunakan untuk menutup kesilapan diri, sebaliknya ia dijadikan satu alat untuk menghindari daripada terjerumus dengan budaya akhlak rosak terutamanya tidak terjebak
ke kancah maksiat ... Saya katakan jangan memakia tudung untuk menutup keburukkan diri, kononnya bermaruah, sebaliknya dalam diam meraka ini sangat mudah untuk melindung diri daripada diketahui perkara yang sebenar mereka lakukan.
Kebanyakkan mereka ini adalah gadis yang sudah rosak berpunca dari sikap terburu-buru semasa bercinta dan sanggup melakukan seks dengan pasangan, akhirnya ditinggalkan. Ada juga yang terpengaruh dengan kawan-kawan lesbian.
No comments:
Post a Comment