Bekukan anak agar hidup kembali – Semua orang juga berharap agar dapat melihat anak mereka menjalani kehidupan yang sihat dan membesar dihadapan mata mereka iaitu dalam jagaan mereka.
Dapat tengok senyum manis mereka, aksi merengek manja, malah kalau dapat lihat wajah mereka pun sudah sangat menggembirakan. Namun tidak semua yang lalui apa yang mereka harapkan sebagaimana yang dilalui oleh bapa dan ibu Matheryn Noavaratpong.
Matheryn Noavaratpong merupakan seorang budak perempuan berusia dua tahun dari Thailand. Beliau menjadi manusia paling muda dibekukan dengan harapan dia mampu hidup kembali menggunakan kemajuan sains.
Untuk pengetahuan anda, Matheryn meninggal dunia Januari lalu akibat kanser otak. Penyakit itu hanya dikesan selepas Matheryn tidak bangun daripada tidur pada suatu hari, dan hasil pemeriksaan doktor menemui ketumbuhan sepanjang 11 sentimeter di dalam otaknya.
Dua pembedahan dijalankan dan pembedahan kedua mengakibatkan 80 peratus bahagian kiri otak kanak-kanak malang itu dibuang. Malangnya, kanser telah merebak ke seluruh organ tersebut.
Ibu bapa Matheryn akhirnya sedar perjuangan mereka untuk Matheryn melawan penyakit itu sudah berakhir, dan alat sokongan hidup pada kanak-kanak itu akhirnya ditanggalkan.
Otak Matheryn kini diasingkan di dalam bekas keluli tahan karat, yang merupakan bekas vakum berpenebat yang diisi dengan cecair nitrogen. Jasad Matheryn akan dibekukan sehingga penawar ditemui, selain menunggu kajian untuk mengetahui kaedah untuk membesarkan badannya diperoleh.
No comments:
Post a Comment