1. PAPA NUi
Pulau ini berada di antara Tahiti dan Chile dengan meraih populiriti internasional kerana patung besar yang luar biasa dan berbentuk wajah manusia. Setiap patung mempunyai ketinggian setinggi 14 kaki (4 meter) dengan berat dalam lingkungan 14 tan. Ia diperbuat dari batu vulkanis dan ia merupakan hasil karya dari masyarakat Papa Nui. Sehingga sekarang masih belum diketahui bagaimanakah patung ini dibuat dengan teknologi primitif yang dimiliki oleh masyarakat tersebut. Terdapat beberapa teori mengenai asal kewujudan patung tersebut, termasuk salah satunya adalah teori fantasi yang mengatakan bahawa patung ini hasil daripada UFO. Tapi, sampai sekarang kebenaran dari semua teori yang ada masih belum terungkap.
2. MESiR
Berada di Afrika Utara, negar aini memiliki lebih daripda 80 piramid di sepanjang sungai Nil. Masing-masing ketinggiannya hampir 100 meter dan diperbuat dari batu raksasa dengan berat masing-masing mencapai 100 tan. Sehingga sekarang, lagenda mengenai piramid masih mengundang perbagai gosip baru, mitos dan kepercayaan baru juga muncul. Daripada semua piramid, yang tetinggi adalah Piramid Cheops. Semua piramid yang dibangunkan hanyalah dengan timbunan satu batu diatas batu yang lain. Tidak ditemukan pelekat, paku atau apapun yang digunakan dalam pembuatan piramid. Semua batu entah bagaimana saling membenarkan sehingga sangat susah ditemukan adanya retakkan atau celah. Permasalahan mengenai teknik pembangunan yang digunakan juga belum terjawab sampai saat ini.
3. BERMUDA
Terletak di Atlantik Barat Laut. Dalam segitiga ini terdapat pulau besar dan 150 pulau kecil yang sebenarnya adalah gugusan karang. Ia juga disebut sebagai segitiga kerana semua alat teknologi tinggi dan semua alat navigasi tidak mampu berfungsi dengan betul di tempat tersebut. Komunikasi dengan dunia diluar segitiga ini sering menjadi masalah. Tidak ada yang tahu mengapa dan bagaimana untuk merungkai hal ini.
4. ANTARTiKA
Antartika adalah tempat yang sangat tidak sesuai untuk dihuni. Begitu banyak perubahan dan fenomena yang sampai sekarang menjadi rahsia besar buat sebahagian besar dari kita. Memiliki banyak misteri dari 14 juta kilometer benua tertutup salji dan ais dengan ketebalan antara 2000 sampai 4800 meter, tetapi ada juga yang kering kesuluruhannya dan disebut 'Lembah kering tanpa salju'.
5. XiANJiAN
Di kota ini terdapat daerah terbengkalai yang disebut "Moguicheng" atau kota iblis. Beberapa 'Istana di Moguicheng menimbulkan suara aneh yang tidak jelas darimana asalnya. Jika anda mendekati kota iblis ini di hari panas dengan angin sepoi-sepoi, anda akan mendengarkan ritma manis, seperti 10 juta loceng kecil atau 10 juta gitar sedang bermain dengan sungguh indah. Tapi, jika angin kencang mendatang, maka suara yang timbul dari istana-istana itu diibaratkan seperti raungan singa, tangisan bayi atau lolongan serigala.
6. STONEHENGE
Stonehenge adala susunan batu misteri di daerah pinggiran English. Masih tidak ada siapa yang tahu atas tujuan apakah dibangunnya, apakah ia istana atau tempat pemujaan atau kuil atau mungkin tanda adanya UFO?
7. HENAN
Di Henan, China, anda akan menemukan daerah anomali geotermal yang disebut 'bingbing bei' atau punggung ais. Semua wilayang China memiliki perubahan musim yang normal, para penduduk di daerah barat. Propinsi Liaoning, China, memiliki suhu hangat yang tetap. Tetapi, tibanya musim panas, maka mulalah fenomena ajaib ini. Ketika suhu udara mencapai suhu 30 darjah celcius dan matahari bersinar dengan cerahnya, perubahan besar-besaran terjadi dan suhu satu meter dibawah tanah mencapai 12 darjah celcius sehingga tanah membeku dan air berubah menjadi ais.
8. AiR TERJUN NiAGARA
Air terjun ini terkenal sebagai tempat persinggahan pelancong. Keajaiban alam ini terletak di perbatasan Kanada dan Amerika. Air terjun ini meliputi daerah seluas 250,000 batu persegi dan aliran airnya dapat mencapai 250,000 kaki kubik sejam.
9. GEYSER
Geyser adalah aliran air panas yang menyembur dari permukaan tanah. Geyser selalu tampak menarik dan misterius. Salah satu tempat di Rejkjavik, ibu kota Iceland, terkenal dengan geysernya yang diameternya mencapai 20 meter dan ketika hujan, anda dapt menemukan pemandangan yang mengerikan iaitu aliran air yang menyembur begitu luar biasa sehingga mencapai ketinggian 70 meter. Jika anda mengunjungi China pula dan menunggu di persekitaran Geyser di sungai Yangbo, Tibet. Geyser yang anda dapat saksikan menyembur dengan iringan suara yang mengejutkan setiap minit sekali. Diameter semburan air panas ini mencapai 2 meter dan ketinggian semburannya dapat mencapai 20 meter.
10. PULAU ARRAN DAN OAKNEY
Dua pulau di Scotland ini adalah harta rahsia sejarah terpenting. Terletak di lautan Scotland yang dingin, kedua-dua pulau ini menarik pelancong dengan sejumlah bangunan/istana, runtuhan bangunan, lingkaran batu dan kuil-kuil kuno.
No comments:
Post a Comment