Friday, 1 May 2015

Berpuluh ikan lumba-lumba dibunuh, Lautan bertukar menjadi laut darah ...

Pernahkah korang tengok warna air laut tetiba jadi merah, bukan merah sikit tapi banyak dan ianya bukan sebab iklim semula jadi tapi disebabkan kekejaman manusia yang tidak bertamadun dengan membunuh beratus-ratus ikan lumba-lumba Calderon yang amat terkenal dan bijaksana.

Keadaan ini akan berlaku setiap tahun di Pulau Fereo di Denmark dan pembunuh utama ialah REMAJA.

Kenapa mereka semua membunuh? Ia disebabkan untuk menunjukkan bahawa mereka sudah cukup dewasa dan matang! Dalam pesta ini, semua remaja akan membunuh ikan lumba-lumba, dan penonton pun menyokong sambil bergelak ketawa melihat aksi yang kejam itu.


Ikan lumba-lumba ini kan sangat jinak, so ikan ini datang ke persisiran pantai dan ketika itulah remaja jahanam ini membunuh tanpa belas kasihan. Lebih kejam lagi, ikan lumba-lumba tersebut dipotong 2,3 kali dengan kail yang tebal walaupun tidak mati lagi. Masa itu juga, ikan ini akan menghasilkan bunyi seperti bayi yang menangis suram. Lama-kelamaan, ikan ini mati dalam darahnya sendiri. Sangat KEJAM!!





















So, sengaja je saya nak kongsi serta sebarkan berita ini satu dunia, biar orang tahu kekejaman ini ...







No comments:

Post a Comment