Saturday 26 September 2015

Amalan Menampar Untuk Membesarkan Payudara!

Di Bangkok, Thailand, sebuah salon kecantikan yang dimiliki oleh seorang ahli terapi bernama Khemmikka Na Songkhla menawarkan satu kaedah pelik untuk membesarkan payudara!




Khemmikka, seorang pengamal perubatan alternatif, cuba melawan arus kemodenan dengan menawarkan cara pelik ini untuk membesarkan payudara. Teknik yang ditawarkan tidak menggunakan sebarang ubat atau pembedahan tetapi hanya dengan menggunakan kaedah terapi menampar payudara.

Rawatan yang dilakukan sangat mudah. Menurut Khemmikka, bahagian dada pelanggan akan disapu terlebih dahulu dengan ramuan herba yang telah disediakan.

Kemudian, dia akan merawat dengan cara urutan, menepuk-nepuk, memijat dan menampar dada pelanggan selama 20 hingga 30 minit. Ia dilakukan untuk mengumpul lebihan lemak yang terdapat disekitar dada dan menumpukannya ke bahagian payudara supaya kelihatan lebih pejal dan berisi.

Khemmikka, yang lebih dikenali sebagai Khunying Tobnom mengatakan, setiap kali selesai sesi rawatan, saiz payudara pelanggan akan berubah sebanyak dua inci. Pelanggan akan melihat dan mengukur sendiri perubahan yang berlaku pada saiz payudara mereka.

Sesi rawatan ini akan diulangi sehinggalah pelanggan berpuas hati atau mendapat saiz yang diidamkan.

Menurut Khemmikka, sejak dia memperkenalkan rawatan ini pada tahun 2003, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada wanita yang mempunyai pelbagai latar belakang.





Respon daripada pelanggannya juga amat memberangsangkan. Walaupun mereka berasa sedikit sakit ketika menjalani rawatan, kebanyakan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan ini sangat berpuas hati dengan hasil tangan ajaib Khemmikka.

Rata-rata mereka berpuas hati melihat perubahan saiz buah dada yang berubah serta-merta!


Macam-macam ...

No comments:

Post a Comment