Tuesday 14 July 2015

Saya Tidak Bataskan Apa-Apa Untuk Berpeluk - Siti Saleha


SEBAGAI pelakon yang mengamalkan sikap profesional, Siti Saleha menjelaskan dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau batas ketika melakon adegan intim dalam mana-mana drama lakonannya.

Bagi pelakon berusia 25 tahun ini, adegan itu hanyalah sekadar lakonan semata-mata yang diminta pengarah.

“Setakat ini saya hanya beri lakonan seperti apa yang diminta pengarah dan tidak ada bataskan apa-apa.

“Saya harap orang ramai faham dengan situasi itu dan tidak menghentam saya balik. Apa yang dipaparkan dalam drama itu hanya lakonan dan kami tidak buat apa-apa pun, malah itu semua di hadapan semua krew produksi,” ujarnya ketika mengulas kontroversi adegan berpelukan yang mendapat kritikan rakyat Malaysia baru-baru ini.

Tambahan pula, filem televisyen (FTV) Cinta Paling Agung lakonannya bersama pelakon Aaron Aziz yang bakal ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri di Astro First Eksklusif turut menayangkan adegan berpelukan di atas katil ketika babak malam pertama perkahwinan mereka.

Dalam pada itu, Siti Saleha akui tetap menghormati pasangan gandingannya yang sudah beristeri seperi Aaron Aziz.














Sumber : MYNEWSHUB



No comments:

Post a Comment