Wednesday 8 July 2015

Gambar Wanita Solat di Tepi Keranda Akhirnya Terjawab


Kontoversi Wanita Solat di Tepi Keranda akhirnya terjawab :

Nauubillahuminzalik.... Meskipun aku bukan seorang yang warak, tapi ini yang aku khuatir sangat-sangat apabila Islam diperlekehkan dan dipersendakan oleh agama lain dan oleh penganut Islam itu sendiri dalam keadaan puak-juak SEKULARIS/LIBERALIS/ORIENTALIS masih berkeras menolak hukum Allah & tiada sekatan dan tindakan dari kerajaan pusat ke atas NGO-NGO yang terang dan jelas mempersendakan hukum-hukum Allah SWT.

Gambar ini adalah mendiang penyanyi dari Indonesia yang bernama Rinto Harahap. Beliau hidup dan mati sebagai seorang Nasrani. Manakala isterinya kekal seabgai muslim walaupun sebelum mereka berdua menikah.

Ya Allah, jangan dikau izinkan kejadian sebegini berlaku di bumi Malaysia naungan mu ini.... YA MALIK!!! YA HAKIM!!!!

Siapakah wanita dalam gambar yang viral di atas dan bawah yang dilihat khusyuk melaksanakan perintah Allah SWT tetapi di sebelahnya terdapat sebuah keranda dengan bunga berbentuk salib di hadapannya.

Keranda itu sebenarnya menempatkan jasad artis Indonesia, Rinto Harahap yang meninggal dunia pada 9 Februari lalu di Singapura selepas menderita sakit kanser tulang dan angin ahmar.
Mendiang yang beragama Kristian menikahi wanita muslim bernama Lily Kuslolita.
Seperti yang kita faham, Indonesia membenarkan perkahwinan antara muslim dan Kristian (yang ditafsir sebagai ahli kitab di sana) tanpa mana-mana pasangan perlu menukar agama masing-masing.


Wanita bertelekung yang sembahyang di sebelah Rinto adalah isterinya itu.
Meninggal dunia pada usia 65 tahun, gambar di atas diambil sebelum mendiang dibawa ke tanah perkuburan bagi disemadikan.
Mendiang merupakan seorang daripada anggota kumpulan pop The Mercy’s yang terkenal di Indonesia dan Malaysia pada 1970-an.





No comments:

Post a Comment