Monday, 8 June 2015

Tips Menghilangkan Kahak Pada Bayi / Kanak-kanak


Setiap kali bayi anda demam perkara yang paling merungsingkan sekali jika demam ini disusuli dengan kahak! Bunyi kahak yang kedengaran setiap kali bayi kita bernafas sememangnya merimaskan bayi itu sendiri dan dalam masa yang sama memeningkan kepala ibubapa sendiri, Dikongsikan beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda untuk menghilangkan kahak pada bayi kesayangan anda :

1) AIR KELAPA


 Minum air kelapa yang pure, yang tanpa gula. Nanti kahak keluar melalui hingus atau najis.

2) MADU ( guna madu asli )


   Cara : 1sudu madu + 1biji limau nipis + air 
   
   Kalau baby, madu + air..
   Guna air zam-zam ( ada molekul penyembuhan ) atau air musoffa

3) TEKNNIK TEPUK / PERCUSSION


Bentukkan tapak tangan macam cuping dan tepuk sebelah kanan dan kiri belakang baby. Jangan tepuk direct tulang belakang. Tepuk kat tepi sahaja.Lepas tu boleh pusing baby dan tepuk bahagian depan tepi sahaja

4) GAS NEBULIZER   


Untuk cairkan kahak. Kahak akan keluar melalui najis.
5) RAWATAN HEMEOPATI


Ubat hemeopati Asmakur

6) 2 ULAS BAWANG PUTIH + MINYAK MASAK 


     Cara : - bawang putih dibakar hingga lembut
                - lenyekkan + sedikit minyak masak
                - lulur ke leher, dada, belakang baby

7) DAUN PUCUK KADUK 


Caranya, ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. InshaAllah kahak tu akan keluar bersama najisnya
   
8) THERMAL STEAM THRAPY 

  

Benda-benda berikut boleh digunakan untuk rawatan stim di rumah bagi mengeluarkan kahak baby. Pilih salah satu yang sedia ada di rumah.
  • Bottle steam sterilizer (apa-apa brand steam strelizer) – 20 minit
  • Periuk nasi – 20 minit  
  • Bottle & food warmer – 20 minit.
  • Baldi berisi air panas – 10 minit (air panas cepat sejuk)
Campurkan dengan air salah satu bahan-bahan anti-bakteria berikut
  • Minyak habbatus sauda’
  • Minyak bawang putih @ garlic (pecahkan kapsul garlic atau buat sendiri minyak)  
  • Bawang putih fresh yang diketuk 
  • Serbuk bawang putih
POSISI BAYI SEMASA RAWATAN STIM

Sebaiknya kita letak sterilizer di tepi kita dan bayi diletakkan atas peha kita secara melintang.

Sebenarnya tak kisah pun posisi baby macam mana asalkan muka bayi anda berada di atas strelizer dan hidungnya dapat sedut wap panas bercampur habbatus sauda atau bawang putih tu.






No comments:

Post a Comment