Wednesday, 3 June 2015

Islam Difitnah, Gambar Gadis Bertudung Dicuri dan Muat Naik Resepi Masakan Berasaskan Darah Haid


Inilah salah satu bahaya mendedahkan gambar kita di laman sosial apabila kejadian terbaru seorang wanita Muslim bertudung yang mendedahkan gambarnya di akaun Lilpink.info telah dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

Identiti wanita ini telah cuba dicuri dan seolah-olah cuba menjatuhkan martabat wanita Islam apabila akaun Instagram yang menggunakan nama ’Free Bleed’ telah mengaku wanita itu adalah admin bagi pemilik akaun tersebut.





Pada awalnya, akaun tersebut dilaporkan memuat naik gambar wanita tersebut dengan mesej tersendiri mengenai feminisme, seolah-olah akaun itu dimiliki oleh dari beliau sendiri.

Pemilik akaun ‘Free Bleed” dilihat telah memuatnaik bebarapa keping gambar yang kononnya memperjuangkan hak wanita untuk berhenti menggunakan tampon sebaliknya wanita seharusnya bangga dengan darah haid mereka.

Kemudian akaun tersebut berkongsi gambar  makanan seperti 'pan cake' dan 'waffle' bersama ramuan yang kononnya diperbuat daripada darah haid untuk menarik perhatian netizen.






Bagaimanapun pemilik sebenar gambar tersebut melalui akaun Twitter @KaiDarul telah menafikan bahawa akaun ‘Free Bleed” miliknya.





No comments:

Post a Comment