Sunday, 7 June 2015

Cara Asli Menghilangkan Bau Pada Vagina


Merawat vagina bukan hanya bertujuan untuk menyenangkan pasangan, tetapi rawatan vagina juga untuk kesihatan wanita itu sendiri. Rawatan Vagina bermanfaat untuk menjaga vagina dari kuman dan pernyakit, kerana memang sifatnya yang terbuka apabila tidak mendapat rawatan secara khusus vagina boleh diserang penyakit sehingga menyebabkan keputihan dan bau kurang sedap.

Bau tidak sedap pada vagina terkadang masih muncul meskipun sudah sering dibersihkan. Biasanya vagina yang berbau disebabkan oleh kombinasi sekresi vagina, apocrine, keringat accrin dan faktor eksternal seperti urin atau feses.

Ada beberapa penyebab timbulnya aroma tidak sedap pada vagina. Aroma tidak sedap pada vagina biasanya disebabkan oleh 

  1. Kebersihan dan gaya hidup yang salah
  2. Penggunaan tuala wanita yang terlalu lama
  3. Penggunaan sabun pembersih vagina yang berlebihan
  4. Penggunaan seluar dalam yang tidak menyerap haba
Bau menyengat pada vagina juga boleh disebabkan adanya infeksi atau penyakit kelamin seperti keputihan yang berlebihan. Bahan seluar dalam yang tidak menyerap haba dengan baik dan penggunaan sabun pembersih yang berlebihan juga dapat mewujudkam bau tidak sedap pada vagina. Untuk mengatasinya Anda boleh memakai bahan asli seperti berikut :

  1. DAUN KEMANGI

Daun kemangi mengandung euganol yang mampu membunuh kuman penyebab bau tidak sedap pada vagina. Kandungan minyak atsiri dalam kemangi juga mampu mengharumkan vagina. Namun, sebaiknya daun kemangi tidak digunakan seperti sabun yang boleh dibilas pada vagina.

Untuk mendapatkan hasil yang optimal daun kemangi boleh dimakan terus atau tau diolah menjadi minuman. Sebagai pengubatan air hasil tumbukkan daun kemangi boleh di minum setiap hari. Setelah mendapat hasil yang positif, Anda boleh minum air sari kemangi setiap dua minggu sekali. Namun, meminum air kemangi tidak disarankan bagi mereka yang mengalami radang saraf kerana boleh memperburukkan penyakitnya. 


    2. DAUN SIRIH


Daun sirih juga mengandung euganol dan antiseptik yang bermanfaat untuk membasmi kuman penyebab bau menyengat pada vagina. Pengolahan daun sirih menjadi ubat penghilang bau di vagina sangatlah mudah. Anda hanya merebus 5-10 lembar daun dalam 350 cc air lalu biarkan hingga menjadi setengahnya. Kemudian bilaslah vagina dengan air rebusan daun sirih yang sudah sejuk setiap pagi dan sebelum tidur. Lakukan 3 kali seminggu untuk mendapatkan vagina wangi dan enak.

3. DAUN PANDAN



Daun pandan juga mengandung euganol dan minyak atsiri yang dapat membuat vagina menjadi lebih wangi. Daun pandan sebaiknya diolah menjadi minuman untuk menghilangkan bau tidak sedap pada vagina. Caranya, ambil 10 lembar daun pandan yang sudah dicuci bersih lalu ditumpuk hingga halus. Saring daun yang sudah halus untuk diambil sarinya. Campurkan sedikit garam dan satu sendok teh madu agar lebih nikmat. Minumlah air sari daun pandan setiap hari sebelum tidur selama dua minggu. Setelah diperoleh hasil yang sesuai, cukup dikonsumsi 2-3 kali dalam seminggu.

4. LIDAH BUAYA


Penggunaan lidah buaya untuk mengharumkan vagina tidak boleh langsung dibilas ke organ intim kerana dapat mengeringkan vagina. Sebaiknya lidah buaya diolah menjadi minuman. Caranya, tumbuk lidah buaya yang sudah dicuci bersih hingga halus. Tambahkan sedikit madu agar lebih nikmat diminum. Minumlah setiap hari selama 2 minggu sebelum tidur malam. Jika telah mendapatkan hasil yang diinginkan dapat diminum 2-3 kali dalam seminggu.








No comments:

Post a Comment