Wednesday 6 May 2015

Remaja 13 Tahun, Hidup dan Tidur dengan Ular Sawa - 100kg


Guandong, Bingzhe, remaja berusia 13 tahun, telah tinggal dan tidur bersama-sama dengan ular sawa gergasi sejak dia masih bayi lagi. Bapa Bingzhe berkata bahawa ular hitam itu telah menjadi haiwan kesayangan keluarga selama 19 tahun. Selepas Bingzhe dilahirkan, cular sawa yang tidak berbisa telah menjadi pengasuh kepada kanak-kanak itu kerana kedua-dua ibu bapanya sibuk bekerja.

Ketika Bingzhe berusia sembilan bulan, ular sawa yang beratnya 20kg mula tidur di atas katil bersama dengan kanak-kanak itu. Mereka telah menjadi sahabat baik sejak daripada itu.

Mereka bermain dan bergurau bersama-sama dan pada malam musim panas, badan ular yang sejuk telah menjadi tempat penghawa dingin semula jadi untuk kanak-kanak lelaki itu yang suka menggunakannya sebagai bantal.

Ular sawa ini merupakan haiwan kesayanganya yang kini dengan 4-meter panjang dan berat hampir 100 kilogram, serta cukup besar untuk menelan seorang manusia dewasa. Tetapi menurut bapa kanak-kanak itu, ular sawa ini sangat jinak dan tidak pernah menyakiti sesiapa.

Bingzhe berharap untuk menjadi seorang pakar haiwan apabila dewasa kelak.































~ Korang berani tak tidur dengan ular? Saya takut n geli sbb kulit die, huhu   :p ~







No comments:

Post a Comment