PUNCA TERJADINYA KANSER RAHIM - Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin atau kandungan. Organ ini berbentuk seperti buah pear dan terdiri daripada bahagian badan (uterine body) dan bahagian pangkal rahim (serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim dipanggil istmus. Punca yang pasti terjadinya kanser rahim ini masih belum dapat dikenalpasti, namun penyakit ini melibatkan adanya peningkatan kadar estrogen. Di mana, salah satu fungsi estrogen yang normal adalah untuk merangsang terjadinya pembentukan lapisan 'epitel' pada rahim.
Kanser rahim merupakan tumor ganas yang terdapat pada lapisan rahim (endometrium). Kanser rahim biasanya terjadi selepas menopause dan sering menyerang wanita yang berusia sekitar 40 hingga 60 tahun.
Ada beberapa faktor yang boleh menjadi punca seorang wanita itu menghidap kanser rahim. Berikut adalah beberapa punca yang berpotensi menyebabkan kanser rahim :

- TIDAK MELAKUKAN UJIAN PAP SMEAR
- BERUSIA LEBIH 40 TAHUN
- SISTEM KETAHANAN TUBUH YANG TIDAK KUAT

- BERTUKAR-TUKAR PASANGAN
- MEROKOK

- PENGAMBILAN PIL PERANCANG DALAM TEMPOH YANG LAMA

Semoga apa yang penulis kongsikan ini memberikan manfaat kepada para pembaca dan supaya kita dapat elakkan diri kita dan juga orang disekeliling daripada dijangkiti kanser rahim. Amalkan cara hidup sihat dan hindarkan diri daripada terjebak dengan aktiviti gejala sosial yang semakin merunsingkan saban hari. WALLAHUA’LAM …

No comments:
Post a Comment