Wednesday 13 May 2015

PELAJAR PEREMPUAN DIPERKOSA TEMAN LELAKI SELEPAS PULANG DARI TUSYEN


Gambar Hiasan

Misteri kehilangan pelajar perempuan tingkatan satu yang didapati ‘ghaib’ sejurus pulang dari kelas tuisyen terjawab apabila mangsa disorok dan diperkosa teman lelaki di sebuah hotel murah.


Mangsa yang berusia 13 tahun didakwa gagal pulang ke rumahnya selepas tamat kelas tambahan di bandar Kajang jam 10 malam Rabu lalu.

Pelajar tingkatan satu itu dipercayai termakan pujuk rayu suspek yang baru dikenali di kedai menjual telefon bimbit di sini.


Gambar Hiasan
                           

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, bapa mangsa mula cemas selepas anaknya tidak pulang ke rumah dengan menaiki van seperti kebiasaannya.

“Bapa mangsa yang risau dengan kejadian itu cuba menghubungi telefon bimbit mangsa, namun gagal.

“Dia kemudian berusaha mencari anaknya di merata lokasi termasuk rumah rakan mangsa,” katanya.

Gambar Hiasan





No comments:

Post a Comment