Thursday, 21 May 2015

Pasangan Yang Membuat Anda Jatuh Miskin Setelah Menikahinya

Menikah adalah sebuah impian. Semua manusia baik lelaki mahupun wanita pasti mengiginkannya untuk bernikah dengan pasangan yang amat dicintai. Menikah dengan orang yang sangat berharga dan mahu memahaminya. Namun tidak semua pernikahan dapat berjalan dengan baik meski awalnya kelihatan sangat baik.

Beberapa lelaki mengaku ingin untuk menikah dengan pasangan yang dicintainya. Mereka merasa dengan menikah apa yang menjadi impiannya telah menjadi nyata iaitu menikah dengan seorang gadis cantik telah menjadi impiannya, tetapi akan membuatnya jath terduduk. Malah harus bekerja lebih masa untuk memenuhi permintaan isteri kesayangannya. Berikut adalah jenis-jenis perempuan atau pasangan yang boleh membuat seorang lelaki menikahinya akan menjadi miskin, bankrup dan segala-galanya. Mari kita semak bersama-sama.


1. GILA BERDANDAN SEHINGGA LUPA TANGGUNGJAWAB



Semua perempuan memang harus berdandan untuk suami. Tapi, yang membuatkan kita menjadi miskin kerana menikah dengannya adalah kosmetik. Barangan kosmetik memang tidak boleh dipisahkan jika dengan pasangan seperti ini kerana hampir setiap bulan, dia akan membeli dan order barangan dandanannya. Mereka akan membeli produk dandanan yang branded bukan yang lokal.

2. TIDAK TAHU MEMASAK


Seorang suami amat beruntung jika mendapat isteri yang pandai masak. Jika lapar, pasti isterinya akan memasak. Namun, sebahagian besar lelaki yang menikah tidak beruntung kerana isterinya langsung tidak tahu masak! Mungkin boleh belajar, namun hasilnya mampu buat orang sakit perut seperti diracun dengan rasanya yang tidak keruan.

Malah lelaki yang memilih pasangan yang tidak tahu masak, pasti setiap malam diminta membeli makanan yang enak-enak seperti Pizza, Satay, Chicken Chop dan lain-lain. Namun, jika setiap hari harus membeli makanan, sang suami pasti K.O. Duit gaji hanya cukup-cukup untuk tampung keluarga dan perbelanjaan harian. Habis, jika dah dapat pasangan seperti ini, terpaksa fikir inisiatif yang lain untuk mendapatkan hasil.


3. BERFIKIR SEPARUH DARIPADA GAJI PASANGAN ADALAH UNTUK BERBELANJA


Satu lagi yang menjadi masalah dan tidak wajar ialah 'Berbelanja'. Di dunia ini, 8 per 10 daripada perempuan memang gila berbelanja (kaki shopping). Mereka lebih suka berbelanja terhadapa pakaian, seluar, beg tangan, kasut, dandanan mengikut tren terkini yang sering dipakai oleh artis supaya kelihatan cantik.

Serius, jika perempuan seperti ini pasti akan membuat pasangannya berada dalam kegelapan dan menjadikannya sukar untuk bernafas. Setiap hari harus bekerja dari pagi hingga malam manakala isterinya di rumah hanya terus berbelanja. Haa, sekarang nih lagi laa, dah banyak kemudahan berniaga online, hanya SMS dan online sahaja, mampu membeli apa sahaja yang diinginkan. Suami yang bekerja, haruslah bekerja kuat.

4. MENGHITUNG DAN MENGAWAL DUIT


Sejatinya suami bekerja adalah untuk keluarga. Isteri memang keluarga. Perempuan seperti ini, jika dah dapat duit yang banyak, dia pasti akan berdiam diri. Namun, jika pasangan mendapat duit yang sedikit, habis dimarahi. Duit suami, adalah hak suami. Suami harus mengawal perbelanjaan isi rumah, isteri dan mengurus perbelanjaan sekolah anak-anak.

5. SUKA BUANG MASA DILUAR BERSAMA RAKAN-RAKANNYA


Menikahi perempuan seperti ini sama halnya menjemput suami ke neraka. Pada dasarnya perempuan yang hidup sosial dan suka mempamerkan diri tidak layak dijadikan pasangan, kerana dia akan membuat sang suami turut masuk ke dalam neraka. Mendirikan rumah tangga adalah mencari pahala bukan menambah dosa. Suami adalah ketua keluarga dan harus membimbing bukan dibimbing. 







No comments:

Post a Comment