Saturday 9 May 2015

MURAH dan JIMAT - Kini diabetes Boleh Diubati Menggunakan Rumput Gulma !!!




Siapa sangka rumput bermuda (rumput padang bola) atau grinting yang dianggap sebagai tanaman gulma (tumbuhan yang hadirannya tidak diingini), ternyata boleh dimanfaatkan sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit diabetes. Secara fizik dan praktis, ubat herbal ini boleh dikira murah kerana bahan baku pembuatannya yang melimpah.

Penelitian tersebut dikaji oleh lima mahasiswa Fakulti Kedoktoran Haiwan Universiti Airlangga (UNAIR), iaitu Anis Puji Lestari, Martia Rani Tacharina, Teguh Bagus Pribadi, Ade Mahendra Putra, dan Okviolla Resti Ertanti. Seterusnya, mereka memberikan idea pemprosesan ubat diabetes tersebut ke dalam Program Kreativiti Mahasiswa (PKM).

Menurut salah satu anggota tim peneliti, Martia Rani Tacharina, ide pembuatan obat diabetes herbal tersebut dilatarbelakangi oleh tingginya harga obat diabetes yang beredar di pasaran. Apalagi, beberapa bahan obat diabetes di Indonesia ternyata masih impor dari negara lain. 


Padahal, Indonesia merupakan negara yang kaya dan melimpah dengan pelbagai jenis tumbuhan yang boleh dijadikan ubat untuk pelbagai penyakit. "Salah satunya adalah rumput grinting 
yang mengandungi flavonoid, saponin, alkaloid, dan juga vitamin C," ujar Martia ketika dihubungi brilio.net.

Menurut Martia, zat-zat tersebut, memiliki khasiat untuk menyembuhkan penyakit diabetes. Selain baik dan efektif, ubat herbal tersebut juga merupakan termurah kerana bahan pembuatannya mudah didapatkan. 

"Selain itu, rumput grinting memiliki beberapa komparatif jika dibandingkan dengan tanaman anti-diabetes lainnya, iaitu bahan-bahannya tidak akan terbatas musim dan boleh tumbuh dimana sahaja, bahkan di kawasan sawah sekalipun," tambah mahasiswi semester 8 itu.

Tambahan, penderita diabetes terutama peringkat dua memerlukan terapi dan rutin dalam jangka waktu yang sangat lama, penggunaan ubat herba rumput bermuda ini diyakini lebih selamat dan tidak banyak menimbulkan efek disamping pengambilannya. "Kalau ubat kimia sering menimbulkan rasa mual, pening dan gangguan pemakanan. Sementara ubat herba ini dinilai lebih selamat kerana berasal dari alam," katanya.

Penelitian tersebut dikajikan keatas haiwan dan menunjukkan hasil yang menggembirakan. "ujikaji keatas haiwan hasilnya positif, iaitu mampu menurunkan kadar glukosa lebih efektif, jika dibandingkan metformin sebagai ubat," kata Martia.

Untuk proses seterusnya, kumpulan peneliti yang diketuai oleh Anis Puji Lestari akan melakukan ujikaji keatas manusia. Jika kajian tersebut berjaya, mereka akan segera memperluakan produk anti-diabetes itu ke pasaran agar boleh dikongsi bersama masyarakat.



Ujikaji oleh mahasiswa Fakulti Kedoktoran Haiwan Universiti Airlangga (UNAIR)
Rumput Bermuda ( Rumput Padang Bola )

Tanaman Gulma - I ( Tumbuhan yang hadir tidak diingini )

Tanaman Gulma - II 
Image result for gulma
Tanaman Gulma - III

Tanaman Gulma - IV
INFO ;
Berkongsi cerita baik ini kepada rakan-rakan dan keluarga anda ya! Marilah sama-sama menjaga kesihatan dan kurangkan makan yang boleh menjadi punca kepada Diabetes.








No comments:

Post a Comment