Tuesday 12 May 2015

MELAYU PALING RAMAI 'JUAL BONTOT'


Lebih 85 peratus daripada lelaki yang terjebak dalam gejala money boy adalah kaum Me­layu yang ingin mengejar kemewahan menerusi jalan singkat dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan terutama seks kepada kaum sejenis.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, kajian yang dijalankannya ke atas 30 responden yang terdiri daripada money boy pada 2010 hingga 2012 di sekitar Lembah Klang mendapati, rata-rata daripada mereka berusia antara 15 hingga 30 tahun.

Katanya, gejala itu kian menular dalam kalangan masyarakat ter­utama generasi muda dan dikhua­tiri bakal mencetuskan pelbagai masalah sosial sekiranya pencegahan awal tidak dilakukan.

“Gejala money boy di negara ini semakin serius namun tidak di­sedari masyarakat umum kerana kegiatan mereka sukar untuk dikenal pasti dan dijalankan menerusi ‘jalan belakang’. Aktiviti itu kian menular kerana pendapatan lumayan yang diperoleh bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan.

“Langkah pencegahan segera perlu diambil pihak berkuasa sebelum perkara itu menjadi lebih parah kerana dikhuatiri akan menjadi masalah sosial lain seperti lumba haram, dadah, rogol dan sebagai­nya,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan perdana bertajuk Money Boy: Masalah Sosial Era Gene­rasi Y, di UPM, dekat sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, kebanyakan money boy tidak kesal melakukan kegiatan tidak bermoral tersebut sebaliknya gembira dengan aktiviti yang dijalankan.

Katanya, golongan tersebut terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk berpendidikan tinggi dan mempunyai ajaran agama yang kukuh.

“Masyarakat perlu berganding bahu untuk menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa jika mengetahui mengenai aktiviti itu dan bukannya hanya mengharap­kan usaha kerajaan dan agensi-agensi tertentu.

“Cara tersebut diharap dapat membantu mengurangkan gejala money boy di negara ini serta menghapuskan kegiatan tidak bermoral itu daripada terus merosakkan anak bangsa kita,” katanya





No comments:

Post a Comment