Thursday 7 May 2015

KESIHATAN - Jangan Pernah Panaskan Kembali 6 Makanan Ini

Biasanya kalau ada makanan yang masih tersisa banyak di malam hari, kita akan memasukkannya ke dalam peti ais untuk dipanaskan lagi pada keesokan harinya. Hal ini biasanya dianggap wajar, padahal sebenarnya makanan yang telah dipanaskan kembali mampu menimbulkan bahaya.

Hal ini disebabkan kerana beberapa makanan ini mampu berubah kepada bahaya setelah dipanaskan lagi. Banyak kandungan gizi yang akan hilang, bahkan mengandungi racun yang sangat berbahaya jika dipanaskan lagi. Berikut ini adalah beberapa jenis makanan yang tidak boleh dipanaskan kembali.

1. CENDAWAN


Masakan cendawan sebaiknya dimakan segera setelah dimasak. Jika dibiarkan lama, lebih baik kalau kamu memakannya dalam keadaan sejuk, jangan dipanaskan. Sebab, jika dipanaskan, maka akan terjadi perubahan di dalam komposisi proteinnya, rasanya pun mampu saja berubah. Jika kamu memakan cendawan yang dipanaskan kembali, kondisi pencernaan anda akan menjadi masalah.

2. AYAM


Boleh jadi, ayam adalah makanan yang paling sering dipanaskan kembali. Tapi sebaiknya, hal ini jangan dilakukan, kerana ia sama seperti cendawan, kandungan protein yang baik pada ayam mampu hilang akibat pemanasan kembali itu. Apalagi kalau kamu memanaskannya berulang-ulang, malah ia jadi beracun

3. BAYAM


Bayam mengandung banyak nutrisi, jika kamu panaskan berulang kali, maka kandungan cairan korosif akan berubah menjadi bakteria nitrit. Bakteria nitrit berpotensi menjadi pertumbuhan barah atau kanser. Kalau mahu makan bayam, makanlah segera setelah dihidangkan ya? Kalau disimpan lama, sebaiknya kamu makan dalam keadaan sejuk atau apa adanya.

4. SADERI


Saderi biasanya sering dijumpai pada makanan berkuah. Saderi juga mengandung cairan korosif dimana kalau dipanaskan mampu mengubah bakteria nitrit menjadi zat yang menyebabkan kanser. Sekiranya mahu memanaskan, sebaiknya potongan saderi harus dibuang terlebih dulu ya.

5. TELUR


Bagaimana kalau memanaskan telur? Sama berbahayanya. Jika dipanaskan dengan suhu tinggi secara berulang, telur juga mampu menjadi racun jika kamu memanaskannya, terutama telur yang dimasak secara direbus, dalam keadaan bulat dengan bahagian kuning berada di dalamnya.

6. KENTANG


Kebanyakkan orang percaya bahawa kentang mengandung banyak gizi penting untuk tubuh, makanya kentang juga sering dijadikan makanan pengganti nasi bagi yang ingin menurunkan berat bandan. Tapi kalau dipanaskan kembali, kandungan gizinya akan hilang bahkan jadi beracun. Kalau ingin memakannya, makanlah dalam keadaan sejuk apa adanya, jangan dipanaskan ok.







No comments:

Post a Comment