Friday 29 May 2015

Hilangkan Dengkur Semasa Tidur


Siapa yang tidur berdengkur, angkat tangan?? hehehe ... kalau dah tidur, manalah kita nak tahu kita jenis berdengkur atau tidak, betul tak??

Hmm, tapi kadang-kadang tu boleh tahu juga, itupun kalau ada orang bagitahu, itupun kalau orang tu berani lerr!!

Orang kata, kalau badan kita letih sangat, kebiasaannya kita akan tidur berdengkur, tetapi ikut pengamatan, tidur berdengkur sebenarnya adalah sebab posisi tidur ataupun sebab rongga pernafasan tu ada sedikit masalah. Itulah punca terjadinya bunyi dengkur yang pelik-pelik ketika seseorang itu menyedut atau menghembus nafas ketika tidur. 

Mereka yang tidur berdengkur akan menggangu pasangan atau sesiapa yang tidur di sebelah, tambah-tambah lagi, jika berdengkur itu bunyinya seperti motor bot ....

Bayangkan lah kalau naik bas atau kapal terbang, anda berdengkur kuat, tak tahu malu ker ?? hehehe  




PETUA HILANGKAN MASALAH DENGKURAN KETIKA TIDUR

Sediaka tujuh biji badam. Basuh, keringkan dan tumbuk sampai lumat. Campurkan badam yang telah ditumbuk lumat ke dalam segelas susu panas. Amalkan meminumnya setiap malam sebelum masuk tidur. Insyaallah masalah berdengkur boleh dapat diatasi. 

PETUA ELAKKAN TIDAK BERDENGKUR

Sediakan dua ruas kunyit hidup. Kupas kulitnya, bersih dan hiris halus. Kemudian masukkan hirisan kunyit itu ke dalam segelas air suam. Tambahkan dengan dua sudu madu dan kacaukan hingga sebati. Amalkan minum setiap hari sebelum masuk tidur.

ANTARA FAKTOR LAIN SESEORANG BERDENGKUR

 Beberapa faktor lain boleh menyebabkan seseorang berdengkur seperti:

  • Bentuk mulut iaitu sama ada lelangit lembut terlalu rendah, uvula panjang, lidah terlalu besar atau tonsil bersaiz besar — semuanya boleh menghalang saluran udara
  • Kegemukan juga menyebabkan saiz empat bahagian berkenaan bertambah dan mengakibatkan dengkuran bertambah teruk
  • Terlalu letih
  • Minum banyak minuman keras sebelum tidur
  • Masalah saluran pernafasan
  • Mengalami masalah apnea tidur. Seseorang itu dikatakan mengalami apnea tidur apabila pernafasannya terhenti seketika sewaktu dia tidur. Dengkuran kuat juga terhenti seketika (biasanya lebih kurang 10 saat). Oleh kerana pernafasan terhenti, berlaku kekurangan oksigen dan berlebihan karbon dioksida yang menyebabkan individu berkenaan terjaga dengan diikuti dengkuran kuat. Keadaan ini juga dipanggil apnea tidur obstruktif (OSA) dan biasanya dengkuran akibat OSA mempunyai rentak tertentu.







No comments:

Post a Comment