
Bila Anda berkunjung ke negara Jepun ketika ini, Anda akan lihat sesuatu hal yang menarik dengan transportasi kereta di negeri Sakura ini.
Sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan sektor ekonomi, kini pemerintah Jepun memutuskan untuk menghias transportasi kereta dan pengankutan awam mereka dengan hiasan gambar Anime.
Menurut surat khabar Asahi Shimbun mengatakan, Izuku Corp yang mengoperasikan jalur Izu Kyuko di Prefektur Shizuoka, belum lama ini memperkenalkan kereta yang didekorasi dari karakter animasi "Natsuiro Kiseki" (Musim panas diwarnai keajaiban) yang mengambil setting di Shimoda.
Beragam gambar animasi "Natsuiro Kiseki" menghiasi dalam dan luar kereta Izu Kyuko. Kerusi untuk para penumpang pun turut dihiasi dengan ragam karakter Natsuiro Kiseki.
Selain itu pengisi suara karakter utama anime tersebut menyumbangkan suara untuk memberi pengumuman tiap kali kereta akan berhenti di stesen seterusnya. Aksi itu berlaku dua kali sehari sepanjang barisan stesen Atami-Izukyu-Shimoda.
"Ini hanyalah salah satu langkah untuk memotivasi pengunjung untuk mengunjungi daerah," kata juru cakap Izukyu Kazuo Kawamur.
Perusahaan kereta api The West Japan Railway, Hokkaido Railway, dan Shinano juga turut serta menghiasi kereta api mereka dengan pelbagai ragam gambar karakter anime. Mereka menggunakan karakter anime paling popular di televisyen seperti Gegege no Kitaro dan Detective Conan.
Sejak kebelakangan ini, pemerintah di negara Jepun sedang giat menarik pelancong untuk berkunjung ke negaranya dengan budaya anime. Bahkan sebelum ini, badan pengurusan pelancongan negara itu baru saja melancarkan 'Visit Jepun dengan Hello Kitty' untuk app iPhone.
Gaya manga ini telah diperkembangkan pada akhir abad ke 19 di Jepun dan popular di antara segala usia di negara ini. Sebuah muzium yang didedikasikan untuk komik manga di Kyoto telah menarik 240,000 pengunjung pada tahun 2011.

















No comments:
Post a Comment