Kerana Ketagihan SEKS, Sanggup Duduk Dalam Tandas Selama 2 hari ...

Bertemu dengan kekasih lama di Facebook meyebabkan seorang gadis berusia 13 tahun di Detroit, Amerika Syarikat, nekad mengundang bekas kekasihnya itu datang ke rumahnya.
Dia dan lelaki bernama Donald Hunter itu, akhirnya berhubungan seks dan gilanya, Donald nampunyai ketagihan sehingga rela bersembunyi 2 hari di dalam tandas gadis itu.
Perbuatan mereka ini akhirnya terbongkar setelah ibu gadis itu masuk ke dalam bilik dan membuka pintu tandas, lalu bertanya. "Aku tanya, siapa kau? Dia hanya terdiam dan melihat ke arah gadis tersebut," kata ibu gadis dalam perbicaraan kes itu di mahkamah.
Kes ini telah dilaporkan ke balai polis dan Donald di kenakan dakwaan berhubungan seks dengan anak di bawah umur dan mungkin dihukum 15 tahun penjara.
Ibu gadis tersebut mengaku bahawa dia cuba memisahkan hubungan anaknya dengan tertuduh. Dia melarang anaknya berhubungan dengan tertuduh, baik melalui telefon ataupun internet. "Aku yang bersalah dan berharap, dia tidak dipenjarakan," kata gadis itu. Kes ini kembali mengungkap kepada bahayanya jika para remaja mengakses internet tanpa pengawasan orang tuanya.
"Kes ini dijadikan contoh bahawa kita harus mengawasi apa yang dilakukan oleh anak kita di internet," kata hakim Kym Worthy yang mengendalikan kes ini.
No comments:
Post a Comment